Tricor Red Dasar Privasi

Bahasa: English | Malay | 简体中文 | 繁體中文

Sila baca seperti yang berikut untuk mengetahui lebih banyak tentang cara kami mengumpul, mengguna dan menzahirkan maklumat anda semasa anda berinteraksi atau menggunakan produk kami, Tricor Red (“Produk”) dalam apa jua cara.

Dasar Privasi ini meliputi perlakuan kami terhadap maklumat yang telah kami kumpulkan semasa anda mengakses ataupun menggunakan Produk kami, atau semasa anda menghubungi kami dalam apa jua cara. Kami mengumpul pelbagai jenis maklumat, termasuk maklumat yang mengenalpasti anda sebagai seorang individu (“Data Peribadi”) daripada pengguna kami, seperti yang dijelaskan dengan lebih terperinci di bawah. 

Adalah penting bahawa Data Peribadi yang kami pegang tentang anda adalah tepat, terkini dan lengkap. Sila maklumkan kepada kami jika Data Peribadi anda berubah sepanjang hubungan anda dengan kami. 

  1. Maklumat yang Anda Berikan Kepada Kami: Kami menerima dan menyimpan maklumat yang anda berikan kepada kami secara langsung mengenai Produk. Sebagai contoh, semasa penubuhan atausemasa log masuk ke akaun pengguna, atau semasa anda memuat naik atau menyerahkan maklumat mengenai Produk, kami kumpul Data Peribadi anda dan orang lain di mana maklumat yang boleh anda berikan, seperti: nama anda atau nama mereka, nama pengguna, alamat emel, jawatan kerja, alamat surat-menyurat, nombor hubungan, butiran-butiran identiti, maklumat profil, hubungan dengan syarikat anda, dan juga butiran pekerjaan.  

  2. Maklumat yang Kami Kumpul Secara Automatik: Semasa anda mengakses atau menggunakan Produk, kami mungkin, termasuk  melalui pembekal perkhidmatan pihak ketiga seperti Analitis Google, mengumpul maklumat tertentu yang berkaitan dengan peranti anda, seperti alamat IP peranti anda, laman web yang dirujuk, halaman-halaman yang dilawati oleh peranti anda, dan masa  peranti anda melawati laman web kami, serta yang berikut:

    • Maklumat penggunaan: Kami menjejaki aktiviti pengguna pelanggan kami dan pengguna mereka, konfigurasi komputer mereka, dan metrik prestasi yang berkaitan dengan penggunaan Produk oleh mereka.

    • Maklumat log: Kami log maklumat tentang pelanggan kami dan pengguna mereka semasa anda menggunakan Produk kami termasuk alamat IP.

    • Maklumat yang dikumpul oleh kukidan pelbagai teknologi lain yang serupa: Kami menggunakan pelbagai teknologi untuk mengumpul maklumat yang mungkin merangkumi kukipada komputer pengguna.  

  3. Maklumat Lain: Kami juga mengumpul, mengguna, dan berkongsi Data Agregat seperti data statistik atau demografi untuk sebarang tujuan. “Data Agregat” mungkin diperoleh daripada data peribadi anda tetapi ianya tidak dianggap sebagai data peribadi di sisi undang-undang kerana data ini tidak mengenalpasti individu secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, kami mungkin mengagregatkan penggunaan data anda untuk mengira peratusan pengguna yang mengakses ciri Produk yang tertentu. Walau bagaimanapun, jika kami menggabungkan atau menyambungkan Data Agregat dengan data peribadi anda di mana ianya boleh mengenalpasti anda secara langsung atau tidak langsung, kami menganggap gabungan data tersebut sebagai data peribadi yang akan digunakan menurut Dasar Privasi ini.  

  4. Kami tidak mengumpul sebarang butiran tentang etnik anda, kepercayaan agama, orientasi seksual, pendapat politik atau maklumat tentang kesihatan, data genetik atau biometrik anda. 

5. Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang kami kumpulkan:

  • Untuk mentadbirkan laman web kami, dan untuk operasi dalaman, termasuk penyelesaian masalah), pengurusan risiko, analisis data, ujian, statistik dan tujuan tinjauan;

  • Untuk menambah baik Produk kami dan memastikan kandungan dan cirinya dipersembahkan dengan cara yang paling berkesan untuk pelanggan dan bakal pelanggan kami;

  • Untuk menganalis penggunaan Produk pelanggan kami untuk tujuan pemantauan trend, pengurusan perhubungan, pemasaran, dan pengiklanan;

  • Untuk tujuan yang dijelaskan kepada anda pada masa anda menyerahkan maklumat anda – sebagai contoh, untuk memenuhi permintaan anda untuk demo, atau untuk memberikan anda maklumat yang anda minta tentang produk- kami; dan

  • Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan laman web dan/atau Produk kami adalah selamat dan terjamin.

6. Kami mungkin menggunakan maklumat yang kami kumpulkan daripada pelanggan kami dan pengguna mereka yang berkaitan dengan Produk yang kami sediakan untuk pelbagai alasan, termasuk untuk:

  • Untuk menubuhkan akaun pengguna;

  • Menyediakan, mengendalikan, dan menyelenggara Produk;

  • Memproses dan menyelesaikan transaksi, dan menghantar maklumat berkaitan, termasuk pengesahan transaksi dan invois;

  • Menguruskan penggunaan Produk oleh pelanggan kami, menjawab pertanyaan dan komen, dan menyediakan perkhidmatan dan sokongan pelanggan;

  • Menghantar makluman teknikal kepada pelanggan, kemas kini, pemberitahuan keselamatan, dan komunikasi pentadbirankepada pelanggan;

  • Menyiasat dan mencegah aktiviti penipuan, akses tanpa kebenaran kepada Produk, dan aktiviti menyalahi undang-undang yang lain; dan

  • Untuk sebarang tujuan lain yang kami anggap adalah wajar dan munasabah.

7. Kami juga mungkin menggunakan maklumat yang anda hantar kepada kami melalui Produk, berkomunikasi dengan anda melalui emel dan mungkin, melalui cara lain, mengenai produk, perkhidmatan, tawaran, promosi dan acara yang kami fikir mungkin menarik minat anda. Walau bagaimanapun, anda sentiasa boleh menarik diri daripada komunikasi sedemikian pada bila-bila masa.

8. Kami tidak dan tidak akan menyewakan atau menjualkan Data Peribadi anda kepada sesiapa. Kami mungkin berkongsi dan mendedahkan maklumat (termasuk Data Peribadi) tentang pelanggan kami dalam keadaan terhad berikut:

  • Vendor, perunding, dan penyedia perkhidmatan lain: Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan vendor pihak ketiga, perunding dan penyediaperkhidmatan lain yang kami gunakanuntuk melaksanakan tugas bagi pihak kami. Syarikat ini termasuk (sebagai contoh) penyedia pemprosesan pembayaran kami, syarikat analitis laman web, maklum balas produk ataupun pembekal perisian mejabantuan, penyedia perkhidmatan emel, dan lain-lain.

  • Jika kami menerima Data Peribadi anda dan kemudiannya memindahkan maklumat tersebut kepada ejen pihak ketiga atau penyediaperkhidmatan untuk diproses, kami akan memastikan bahawa ejen pihak ketiga atau penyediaperkhidmatan tersebut memproses Data Peribadi anda menurut undang-undang yang terpakai. Melainkan kami mendapat persetujuan anda atau sebagaimana yang dibenarkan olehundang-undang yang terpakai, kami tidak membenarkan ejen kami untuk menggunakan Data Peribadi yang kami kongsi dengan mereka melebihi apa yang diperlukan untuk membantu kami.

  • Pemindahan Aset Perniagaan: Kami mungkin memilih untuk membeli atau menjual asset, dan mungkin berkongsi dan/atau memindahkan maklumat pelanggan berkaitan dengan penilaian dan kemasukan ke dalam transaksi tersebut. Jika kami (ataupun asset kami) diperoleh, atau jika kami melalui beberapa perubahan kawalan yang lain, Data Peribadi akan menjadi salah satu asset yang dipindahkan atau diperoleh oleh pihak ketiga.

  • Syarikat Kumpulan: Kami juga mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan syarikat induk kami, anak syarikat dan/atau ahli gabungan untuk tujuan yang selaras dengan Dasar Privasi ini.

  • Perlindungan atau Penguatkuasaan Hak: Kami berhak untuk mengakses, membaca, memelihara, dan mendedahkan sebarangmaklumat yang diperlukan untuk mematuhi undang-undang, perintah mahkamah atau peraturan mana-mana pihak berkuasa penyenaraian atau bursa saham; menguatkuasakan atau menggunakan perjanjian kami dengan anda dan perjanjianlain; atau melindungi hak, harta, atau keselamatan syarikat kami, syarikat induk kami, anak syarikat kami, ahli-ahli gabungan kami, pekerja kami, pengguna kami, atau mana-mana orang lain yang berkaitan.

  • Keselamatan Negara atau Penguatkuasaan Undang-Undang: Dalam keadaan tertentu, kami mungkindikehendaki untuk mendedahkan Data Peribadi anda sebagai tindak balas kepada permintaan yang sah oleh pihak berkuasa awam, termasuk untuk memenuhi keperluan keselamatan negara atau penguatkuasaan undang-undang.

9. Kami mempunyai program keselamatan maklumat yang mengandungi kawalan pentadbiran, teknikal, dan fizikal yang direka untuk melindungi Data Peribadi anda. Namun begitu, akses atau penggunaan tanpa kebenaran, kegagalan perkakasan atau perisian, dan faktor lain, boleh menjejaskan keselamatan maklumat pengguna pada bila-bila masa. Kami menggalakkan anda untuk mengambil langkah yang sesuai untuk melindungi Data Peribadi anda, seperti menggunakan kata laluan yang kukuh, merahsiakan bukti kelayakan log masuk anda, dan log keluar daripada akaun anda apabila anda selesai menggunakan perkhidmatan kami. 

10. Kami juga mengehadkan akses kepada Data Peribadi anda kepada syarikat induk, anak syarikat, ahli gabungan, pekerja, ejen, kontraktor, dan pihak ketigalain yang mempunyai perniagaan perlu tahu. Mereka hanya akan memproses Data Peribadi anda atas arahan kami dan merekatertakluk kepada kewajipan kerahsiaan.

11. Kami telah menyediakan prosedur untuk menangani sebarang pelanggaran Data Peribadi yang disyaki dan akan memberitahu anda dan mana-mana pengawal selia yang berkenaan tentang pelanggaran di mana kami dikehendaki untuk berbuat demikian secara sah.

12. Kami hanya akan mengekalkan Data Peribadi selama yang munasabah perlu untuk memenuhi tujuan kami mengumpulnya, termasuk untuk tujuan memenuhi sebarang keperluan undang-undang, peraturan, cukai, perakaunan atau pelaporan.

13. Laman web kami dan beberapa produk kami menggunakan kukidan teknologi penjejakan lain yang serupa (seperti beacon web, penanda, dan skrip) untuk mengenal pasti pelayar anda secara unik dan untuk mengumpul maklumat tentang cara anda berinteraksi dengan laman web dan produk. Kami menggunakan maklumat ini untuk tujuan berikut:

  • Membantu anda dalam navigasi;

  • Membantu dalam pendaftaran, log masuk dan keupayaan anda untuk memberikan maklum balas;

  • Menganalisis penggunaan anda terhadap produk atau aplikasi kami; dan

  • Membantu dengan usaha promosi dan pemasaran kami (termasuk pengiklanan tingkah laku).

14. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, pembetulan atau pemadaman Data Peribadi yang kamipegang tentang anda atau mengehadkan cara kami memproses Data Peribadi anda. Semua permintaan akan disemak dan diproses menurutundang-undang yang terpakai.

15. Jika anda ingin mengakses, membetulkan, atau memadam Data Peribadi anda atau jika anda mempunyai sebarangsoalan, komen, atau aduan (cth jika anda percaya bahawa Tricor tidak mengendalikan Data Peribdi anda dengan betul atau ia telah melanggar kewajipan privasinya) atau menarik diri daripada pemasaran langsung pada bila-bila masa, sila hubungi kami.

16. Anda boleh menerima atau menolak kukidengan melaraskan kawalan pelayar web anda. Semua pelayar adalah berbeza, oleh itu and boleh lawati bahagian “bantuan” padapelayar anda untuk mengetahui tentang pilihan kukidan tetapan privasi lain yang mungkin tersedia.

17. Di mana yang dinyatakan, adalah wajib untuk memberikan Data Peribadi anda kepada kami untuk membolehkan anda mendaftar dengan kami atau untuk mengambil kesempatan daripada beberapa ciri kami. Sekiranya anda menolak untuk memberikan Data Peribadi tersebut, kami mungkin tidak dapatmemberikan anda atau terus memberikan Produk kami kepada anda.

18. Anda boleh menarik diri daripada menerima promosi atau komunikasi pemasaran daripada kami pada bila-bila masa, dengan menggunakan pautan untuk tidak melanggan dalam komunikasi emel yang kami hantar, ataudengan menghubungi kami.

19. Jika anda mempunyai sebarangakaun dengan kami, kami masih akanmenghantarkomunikasi bukan promosi kepada anda, seperti emel berkaitan dengan perkhidmatan.

20. Kami mungkinmenghantar atau memindahkan Data Peribadi dari satu bidang kuasa ke bidang kuasa yang lain. Kami hanya akan berbuat demikian dengan mematuhi semua undang-undang dan peraturan perlindungan data yang terpakai.

21. Untuk kemudahan anda, hiperpautan mungkin disiarkan dilaman web kami yang memaut ke laman web lain (“Laman Terpaut”). Kami tidak bertanggungjawab ke atas, dan Dasar Privasi ini tidak terpakai kepada, amalan privasi mana-mana Laman-laman Terpaut atau apa-apa syarikat yang tidak kami miliki atau kawal. Laman Terpaut mungkin mengumpul maklumat sebagai tambahan kepada yang kami kumpulkan atas -laman web. Kami tidak mengendors mana-mana Laman Terpaut ini, perkhidmatan atau produk yang dijelaskan atau ditawarkan atas Laman Terpaut tersebut, atau mana-manakandungan yang dimuatkan di Laman Terpaut. Kami mengalakkan anda untukmencari dan membaca dasar privasi setiap Laman Terpaut yang anda layari untuk memahami cara maklumat yang dikumpul tentang anda digunakan dan dilindungi.

22. Kami tidak mengumpul atau meminta Data Peribadi secara sengaja daripada sesiapa di bawah umur 13 tahun. Jika anda berumur di bawah 13 tahun, sila jangan cuba untuk mendaftar untuk Perkhidmatan atau menghantar sebarangData Peribadi tentang anda kepada kami. Jika kami mengetahui bahawa kami telah mengumpul Data Peribadi daripada kanak-kanak di bawah 13 tahun, kami akan memadamkan maklumat tersebut secepat mungkin.

23. Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik laman web dan produk kami, oleh itu kami mungkin perlu menukar Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis awal. Kami akan meletakkan notis di laman web kami dan/atau menghantar emel kepada anda (jika anda telah mendaftarkan alamat emel anda dengan kami) apabila kami dikehendaki berbuat demikian oleh Undang-undang terpakai. Anda bertanggungjawab untuk menyemak Dasar Privasi ini secara berkala.

24. Anda boleh menghubungi kami di privacy@hk.tricorglobal.com atau melalui cara berikut:

Hong Kong Tricor Services Limited
Unit 1501-1502, 15/F, Manulife Place, 
348 Kwun Tong Road, Kowloon Hong Kong
Singapore Tricor Singapore Pte. Ltd.
9 Raffles Place, #26-01 Republic Plaza, Singapore 048619
Malaysia Tricor Services (Malaysia) Sdn Bhd
Unit 30-01, Tingkat 30, Tower A, Vertical Business Suite, 
Avenue 3, Bangsar South, 
No. 8 Jalan Kerinchi 
59200 Kuala Lumpur, Malaysia 
Perhatian kepada: Pegawai Data Peribadi Tricor Malaysia 
Nombor Hubungan: (60) 3 2783 9191

Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.